One Punch Man Malay Dub


Sinopsis:

Mengisahkan seorang pemuda botak yang bernama Saitama yang mempunyai kekuatan luar biasa yang tak terhingga. Dengan satu tumbukan je semua dah selesai. Beliau dikatakan mempunyai hubungan dengan Fubuki tapi entahlah dan juga beliau dikatakan ada kaitan dengan Blast tapi sebenarnya Saitama bukannya Blast kerana masa tiga tahun lalu sebelum dia memperolehi kekuatan yang luar biasa yang juga menjadi misteri dari mana datangnya kekuatan tersebut. Pada masa itu dia hanyalah ihsan yang biasa sedang mencari kerja walaupun gagal banyak temu duga. Namun Saitama mula beralih arah kepada profession kewiraan setelah dia menyelamat seorang budak dari amukan Crablante dan berjaya membunuh Crablante tersebut. Setelah bosan kerana dia gagal untuk berjumpa dengan lawannya yang setara, Saitama secara tak sengaja telah menyelamatkan Genos dari kematian dengan menghapuskan Mosquito Girl dan Saitama juga terpaksa menerima Genos sebagai anak muridnya kerana didesak olehnya beberapa kali untuk mengetahui teknik kekuatannya. Namun dalam tidak sedar, masih ada ancaman yang bakal menghura-hurakan bumi terutama dari laut dan juga diluar angkasa sana. Dan disaat itu Saitama mula menyertai persatuan wira untuk menjadi wira secara rasmi. 

Penerbitan:Madhouse 
Genre     :Action, Fighting
Info      :Saitama
Audio     :Malay
Sub       :No

Screenshot:



0 comments:

Post a Comment